to MysweetBytes. Please contact/whatsapp 011-29056234 @ email mysweetbytes@gmail.com for any enquiries or to place order. Area Semenyih/Beranang/Kajang/Bangi. Thank you (^_-)
RSS

Resepi Red Velvet Cupcake


Assalamualaikum semua,

Dah lama rasanya tak share resepi. Kali ni nak share resepi Red Velvet kek. Kalo nak diikutkan banyak versi kek ni. Ada yang guna butter, ada yang guna minyak dan shortening. Memang ada perbezaan pengunaan ketiga2 bahan ni. Melalui pembacaan Reen original red velvet adalah menggunakan vegetable shortening. Menurut website ni. Shortening will produces a tender crumb and light texture. Variations developed using butter for more flavor, which turns out rather dry, or oil for extra moistness.  
Pengunaan cocoa powder pun berbeza-beza mengikut resepi. Kesimpulannya, ikut citarasa masing-masing. Tapi kali ni Reen nak share resepi Red Velvet yang menggunakan butter. Resepi asal dari sini. Trima kasih pada tuan nye resepi-ustazahain. Minta izin share disini ye.



 RESEPI RED VELVET CUP CAKE
Sumber: ustazahain

Bahan-bahannya:

360gm tepung naik sendiri
360gm gula kastor( ustazah guna 340gm sahaja)
250 mentega 
250ml susu segar & tambahkan 2 sudu makan cuka masakan( biarkan selama 10 minit)- untuk gantikan butter milk
4 biji telur
4 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan pewarna merah 
1 sudu teh garam 
1 sudu teh cuka makan

Caranya 
1. Pukul mentega dengan gula hingga lembut dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul hingga lembut dan gebu.
3. Tepung hendaklah diayak dengan serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan.
4. Sambil pukul secara perlahan masukkan susu segar, perwarn merah, garam dan  cuka makan. Pukul hingga sebati.
5. Oleskan loyang dengan planta dan tepung serta dilapik dengan kertas kek supaya mudah untuk mengeluarkan daripada loyang.
6. Suhu kepanasan ketuhar adalah 180 darjah.
7. Bakar sehingga masak dan boleh dihias mengikut citarasa.


0 comments

Blueberry Cheese Cake


Blueberry Cheese Cake ordered by my officemate- Ekin ( one of my regular customer)
TQ Ekin !!!

RM 70
9'




0 comments