to MysweetBytes. Please contact/whatsapp 011-29056234 @ email mysweetbytes@gmail.com for any enquiries or to place order. Area Semenyih/Beranang/Kajang/Bangi. Thank you (^_-)
RSS

Resepi Biskut Suji

Assalamulaikum semua...

Ok harini nak share resepi biskut suji. Ni antara biskut kegemaraan Reen. Dah lama cari respi biskut suji yang menggunakan tepung suji. Ada beberapa resepi tidak menggunakan tepung suji. Tp nama pn biskut suji haruslah guna tepung suji kan..Barulah original recipe gitu.. Hihihi.. 

Sebelum ni pernah juga buat. Tapi tak tahula mana silap nye. Bila masuk dalam oven je.. jeng..jeng...biskut ku cair meleper. Adui rosak biskut dan mmg tk boleh makan. Alhamdullilah. Resepi ni tidak menghampakan... Jom layan resepi..



BISKUT SUJI
Source : resipinoraini/ Majalah Rasa

Bahan-bahan :


  • 250 gm minyak sapi
  • 150 gm gula aising
  • 150 gm tepung suji
  • 300 gm tepung gandum
  • 30 gm susu tepung
  • secubit garam
  • ceri merah - untuk hiasan
  • cawan kertas secukupnya

Cara Membuatnya :

  • Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang.  
  • Masukkan garam, tepung suji, tepung gandum dan tepung susu. 
  • Adunkan hingga jadi doh yang lembut. 
  • Rehatkan 15 minit.  
  • Bulatkan dan masukkan dalam mangkuk kertas.
  •  Hiaskan dengan ceri yang telah dihiris kecil. Bakar selama 20 minit hingga masak.

0 comments:

Post a Comment