to MysweetBytes. Please contact/whatsapp 011-29056234 @ email mysweetbytes@gmail.com for any enquiries or to place order. Area Semenyih/Beranang/Kajang/Bangi. Thank you (^_-)
RSS

Marble Cheese Brownies


 Assalamualaikum semua...

Macam dah lama tk share resepi. Update blog ikut mood macam ni la. Beruntungla mood rajin nak update blog malam ni sudah mari. So arini Reen nk share resepi yang marbeles ni. Orang yang suka cheese dan coklat mesti suka. 2 dlm 1 gitu.  Da banyak orang yg share resepi ni. Tuan punya resepi sendiri share sejak tahun 2009 lg. Reen je ketinggalan keretapi. Jauh benar tertinggal ni. 

Sebenarnya da buat beberapa kali. Terima kasihla pada tuan puanya resepi Kak Rinnchan. Minta izin share disini ye..

 
RESEPI MARBLE CHEESE BROWNIES
SOURCE :rinnchan

Bahan-Bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonate
  • 1 tsp esen vanilla 


Cara-Cara

  • Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  • Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  • Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  • Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  • Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B

Cara-cara:

  • Pukul cream cheese hingga gebu.
  • Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
 



0 comments:

Post a Comment