to MysweetBytes. Please contact/whatsapp 011-29056234 @ email mysweetbytes@gmail.com for any enquiries or to place order. Area Semenyih/Beranang/Kajang/Bangi. Thank you (^_-)
RSS

Red Velvet Piala Thomas



Assalamualaikum semua..



Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tajuk entry ni Red Velvet Piala Thomas.. Kikiki..Sebenarnya kawan opis Reen dah order kek ni seminggu yang lalu. Dia nak pada 26/5/2014. skali pada 25/5 ada perlawanan Piala Thomas la pulak. Kalo Malaysia menang keesokan arinya akan diberi cuti.Alamak kalo Malaysia menang macam mana dengan kek? Macam mana nak bagi pada tuan empunya takkan nak bagi hari Selasa. Reen tak mahu simpan kek ni terlalu lama dalam fridge. Kurang 'fresh' gitu bila sampai pada yang empunya kek ni. So Reen tunggu la sehingga perlawanan tamat. 
Dalam hati berbelah bagi seronok nya kalo sok cuti tapi camne dgn kek?.. huhuhuhu... 
Akhirnya Malaysia tewas juga. Walaubagaimana pun mereka telah memberikan yang terbaik. Habis je perlawanan baru Reen sambung mendeco kek. Pukul 3pg baru tido. Dekat opis apa lagi Ngantuk!!!!




0 comments

Pavlova


Pavlova lagi uols. Biasanya Reen buat size 8' tapi kali ni besar skit 10' atas permintaan orang yang order. Pavlova ni diorder oleh kwn opis Reen sempena meraikan hari ibu buat kwn2 nya yang bergelar ibu. Dalam pada tu da janji juga pada en Bos nak bg pavlova ni skit. Terima kasih pada kawan Reen, Ayu sudi order lagi dan lagi dan lagi... 0 comments

Biskut Sarang Semut


Assalamualaikum semua.. 

Biskut sarang semut ni Reen buat baru-baru ni. Asalnya nak buat chocolate chip tp disebabkan bahan kat rumah tk cukup dapat la biskut sarang semut. Lagi pun dan lama nak cuba resepi sarang semut ni. Dulu kawan Reen pernah bagi rasa biskut sarang semut ni.  sangat sedap ok. Masih terngiang2 rsanya sampai sekarang.. hehehe..

Kebetulan tak lama lg dah nak puasa. Ramailah yang sibuk nk buat biskut raya. Bagi sesiapa yang tercari-cari biskut yang mudah, simple dan sedap boleh cuba biskut ni
 



BISKUT SARANG SEMUT
Sumber : mas-dapurmas/hanieliza

Bahan-bahan


  • 250 gm butter
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum ( guna 250 gm saja )
  • 100 gm tepung kastard ( tambah ) 
  • 100 gm tepung jagung
  • 1 biji kuning telur 
  • 1 sudu kecil esen vanila

  • Bahan Hiasan :
  • sedikit coklat rice
  • sedikit manik gula kecil ( warna warni )
  • secukupnya paper cup kecil


Cara-Cara
  • Pukul kembang butter dan gula.
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.
  • Masukkan tepung dan gaul rata.
  • Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup.
  • Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit ).
  • Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


0 comments

No baked Blueberry Cheesecake in container


Kek ini diorder oleh opismate Reen. Tqsm ayu for the order. (^_-)




0 comments

Mini Pavlova-25 pcs


 Salam, ermm pavlova ni diorder oleh opismate Reen, Ayu. Tuk gathering dgn sepupu dia katanya. Ayu ni antu pavlova. Sampai tk cukup katanya.. Nway thank you so much ayu!!!


0 comments