to MysweetBytes. Please contact/whatsapp 011-29056234 @ email mysweetbytes@gmail.com for any enquiries or to place order. Area Semenyih/Beranang/Kajang/Bangi. Thank you (^_-)
RSS

Resepi Congo Bar Sedap

Assalamualaikum.. haluuuu.. Harini Reen nak kongsi resepi congo bar yg meletopsss. Reen ambik resepi dari rumah kak azlitamasammanis. Mohan share di sini ye kak ita.   Rasanya da ramai buat congo bar ni. Reen je baru terhegeh2 nak buat.. hihihi..  Sapa yang malas nak buat boleh order ngan Reen ye..


Resepi Congo Bar
  • 315 gm tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150 gm butter
  • 320 gm gula perang - boleh kurangkan
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 250 gm chocolate chips
  • 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
  • Kepingan badam untuk taburan - optional

Cara-Cara

  • Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  • Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  • Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  • Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  • Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  • Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

 

0 comments:

Post a Comment