to MysweetBytes. Please contact/whatsapp 011-29056234 @ email mysweetbytes@gmail.com for any enquiries or to place order. Area Semenyih/Beranang/Kajang/Bangi. Thank you (^_-)
RSS

Resepi Roti Naik/ Roti Paung



Assalamualaikum semua...  
Errmm dah lama rasanya nak cuba buat roti sendiri..Teringat pulak roti naik/ roti paung yang pernah Reen makan masa kecik dulu. Memang terasa betul keenakkan dan kegebuaannya... Sedaaaapnyalaaa.. Bila google banyak pulak version resepi . Akhirnya Reen decided tuk cuba resepi dari Azie kitchen. Kebetulan pulak stok shortening dan bahan2 lain ada kat rumah dan lagi satu resepi ni mengunakan tangan. Almaklumla kite tkde bread maker.. hihihi.  So pada sesiapa yang takde bread maker tu tak perlu tunggu ada baru nak buat. Kalo ad puan belum tentu selalu buat kan..kan..?? Tak pasal2 duk tersimpan je dalam kotak. kikiki..  

Kalo nak tengok macammana rupa adunan sebelum dan selepas boleh lah g melawat umah kak Azie Kitchen. Terima kasih atas perkongsian resepi. Aduan ni pun leh dijadikan sebagai asas roti. Boleh la juga buat roti pizza, roti inti kacang, inti kaya, inti sardin dan lain-lain mengikut kesukaan..
                                  
 
 
 
Resepi Roti Naik/ Roti Paung
Source: Azie Kitchen

Bahan bahan:
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula 
  • 2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
  • 2 sudu besar majerin 
  • 1 sudu kecil shortening   
  • 500 gm tepung gandum   
  • 200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
  • 1 sudu besar susu tepung  

Cara cara:
  • Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih. Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
  • Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata. 
  • Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.
  •  Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.
  •  Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit.
    Nota: Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.

    Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.
     




Adunan ni pun boleh digunakan untuk buat roti pizza atau roti2 lain ye..


0 comments:

Post a Comment