to MysweetBytes. Please contact/whatsapp 011-29056234 @ email mysweetbytes@gmail.com for any enquiries or to place order. Area Semenyih/Beranang/Kajang/Bangi. Thank you (^_-)
RSS

Kek Pisang Sedap



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Harini teringin nak makan kek pisang lak. Dalam banyak2 kek yang Reen buat kek pisang juga yang menjadi pujaan hati. Selalu Reen akan double kan resepi ni sebab kalo tak memang tak merasalah orang lain. Semua reen ngap sorang.. hihihi..Reen suka dengan resepi ni senang, sempoi dan pastinya sedaap kebabooommm!!!... Terima kasih pada empunya resepi sofinar myresepi.


Resepi Kek Pisang
Sumber: Sofinar myresepi
Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing - reen guna 150gm
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
Cara-cara
  • campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  • masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  • pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda
  • Kalo nak buat marble bahagikan kepada adunan. Satu adunan dicampurkan dengan choclate emulco atau sebuk coco. 
     
    kek pisang gebu gebasss... 
0 comments

Fruit Cake/ Kek Buah Kukus



Assalamualaikum.. First time buat kek buah. Reen tk berapa suka ngan kek buah. Tapi bila fikir abah suka makan jadi cubalah buat juga.  Itu pun ambil masa. Bahan-bahan semua dah lama beli, sampai dah hampir nak expired pun (hampir je lum expired lg tau).. 
Memerlukan kesabaran juga nak buat. 4 jam kena kukus. Ada juga yang kukus 2 jam je. Tapi kalo kukus lama lagi moist dan tahan lama. Tapi reen suka la dengan rasa kek buah ni. Leh makan berketul2 walaupun sebelum ni memang tk berapa suka. Cuma tk berapa moist. Tapi reen percaya bukan sebab resepi tapi silap sendiri. Kesilapan teknikal gitu.. kiki. Next time buat lagi sampai puas hati. Resepi reen ambik dari blog k.hana. Minta izin share disini ye. Terima kasih daun keladi
 


 
 Walaupun rupa tak berapa menawan ... tapi rasa boleh tahan..



RESEPI KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat*
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug*
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar sunquik
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
  • Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  • Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  • Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  • Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).




0 comments

Cookies in the jar


Suitable for doorgift for any occasion 
6-8pcs / jar
Chocolate chip original/oatmeal choc chip/choc chip walnut (you can choose)
Any inquires, feel free to contact us 01129056234




0 comments