to MysweetBytes. Please contact/whatsapp 011-29056234 @ email mysweetbytes@gmail.com for any enquiries or to place order. Area Semenyih/Beranang/Kajang/Bangi. Thank you (^_-)
RSS

Kek Pisang Sedap



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Harini teringin nak makan kek pisang lak. Dalam banyak2 kek yang Reen buat kek pisang juga yang menjadi pujaan hati. Selalu Reen akan double kan resepi ni sebab kalo tak memang tak merasalah orang lain. Semua reen ngap sorang.. hihihi..Reen suka dengan resepi ni senang, sempoi dan pastinya sedaap kebabooommm!!!... Terima kasih pada empunya resepi sofinar myresepi.


Resepi Kek Pisang
Sumber: Sofinar myresepi
Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing - reen guna 150gm
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
Cara-cara
  • campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  • masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  • pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda
  • Kalo nak buat marble bahagikan kepada adunan. Satu adunan dicampurkan dengan choclate emulco atau sebuk coco. 
     
    kek pisang gebu gebasss... 

0 comments:

Post a Comment