to MysweetBytes. Please contact/whatsapp 011-29056234 @ email mysweetbytes@gmail.com for any enquiries or to place order. Area Semenyih/Beranang/Kajang/Bangi. Thank you (^_-)
RSS

20140214- Red Velvet Order


 6' Red Velvet Cake ordered by my colleague Viki for her little princess
TQ Viki (^_-)


0 comments

Chocolate Bottam Banana Square






Assalamualaikum.. Da lama tk update blog. Agak sibuk dengan tempahan dan urusan-urusan lain. Lg pun umur da meningkat naik ni cepat penat lak rasanya. Nak on laptop n update blog tk larat rasanya..hahaha. Sudahnya cerita yang dan berminggu berlaku br nak update. Tkpelah biar lambat asal ad. tk gitu??

Kali ni reen nak share resepi brownie pisang ni. Resepi ambil dari hanamemories. Mengancam sungguh brownies k.hana ni. tergoda i. Reen double kan adunan tu yg tebal sikit. Bawa opis bg kawan-kawan makan.  Jom kita tengok resepi ye. Minta izin share disini plak ye.


RESEPI CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE
Source: Hanamemories

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko 
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs

Cara-cara
  • Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
  • Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs.
  • Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square

0 comments

Pineapple Tart-2014 CNY orders




Alhamdullilah... Ni order tat nenas yang Reen dapat sempena Tahun Baru Cina 2014. Semua order adalah daripada kawan opis Reen. Errmmm setakat ni sahaja yang mampu buat. Tahun ni tak ambil banyak order disebabkan faktor masa. Apapan sesiapa berminat boleh lah order tat nenas yan cair dimulut tidak ditangan ni. Tempahan dibuka sepanjang tahun.. (^_-) 0 comments

Black Bottom Cupcake




Ni antara misi tertanguh. Dah lama nak buat cupcake ni tapi niat tk kesampaian. Memandangkan cuti Tahun Baru Cina balik kampung en asben so Reen pun 'decide' nak buat cupcake ni untuk orang kampung. Godek-godek peti ais dan dapur semua barang ada so misi bermula. Tidaklah susah mana dan menariknya untuk chocolate cupcake tak menggunakan telur pun. Tak perlu membebel panjang jom tengok resepi.



Resepi Black Bottom Cupcake
Sumber: Joy of Baking

Bahan-Bahan

Cream Cheese Filling:
8 ounces (227 grams) cream cheese,-suhu bilik
1/3 cup (65 grams) granulated white sugar
1 biji telur (Size A)
1/2 teaspoon pure vanilla extract
 
Chocolate Cupcakes:
1 1/2 cups (195 grams) tepung serbaguna/tepung gandum
1 cup (200 grams) granulated white sugar
1/3 cup (30 grams)serbuk koko
1 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon garam
1 cup (240 ml) air
1/3 cup (80 ml) vegetable,corn or canola oil (or other flavorless oil)
1 tablespoon cuka
1 teaspoon pure vanilla extract

Cara-Cara
 
Black Bottom Cupcakes: Panaskan ketuhar to 350 degrees F (177 degrees C)
Cream Cheese Filling: pukum cream cheese sehingga creamy dan licin. Ketepikan
Chocolate Cupcakes:Ayak tepung, gula, serbuk koko, baking soda dan garam. Dalam bekas berasingan campurkan air, minyak, cuka dan esen vanilla. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam cupcake dan sudukan ceam cheese fulling di tengah2 cupcake. Bakar sehingga masak

 





0 comments

Red Velvet Cupcake


Cupcake ni ditempah oleh rakan sekerja Siew Chan
RM50-16 pcs



0 comments