to MysweetBytes. Please contact/whatsapp 011-29056234 @ email mysweetbytes@gmail.com for any enquiries or to place order. Area Semenyih/Beranang/Kajang/Bangi. Thank you (^_-)
Assalamualaikum. Hujan-hujan lapar je perut. Kalo ada benda nk munchy-munchy syiooookkknye.. Sambil tengok tv, makan cookies ngan air milo.. nikmat betul!!!. Jom kita buat chocolate chip yang mudah dan senang ni.
Resepi Chocolate Chip Cookies Source: mysweetbytes
2 1/2 cup tepung gandum
1 cup butter
1 1/4 tsp. baking soda
1/2 tsp. garam
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan granulated sugar
2 biji telur
2-3 cup choc chip
kecacang (walnut/almond)
sedikit esen vanilla
Cara-cara
Ayak tepung, baking soda dan garam. Ketepikan
Pukul butter until creamy. Tambah gula dan continue beating sehingga 4-5 minit.
Dalam bekas berasingan. Campurkan telur & esen vanilla.
Masukkan telur kedalam adunan butter dan gula tadi sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata dlm 4-5 minit.
Masukkan bahan kering. Gunakan mixer on lowest speed/ guna senduk kayu saje
Masukkan pula chocolate chip dan kekacang. Kacau hingga rata.
Simpan dalam peti ais selama 1 jam. nak bior lebih atau semalaman pun takde masalah..
Bakar sehingga warna coklat keemasan. Mungkin tekstur biskut ni agak chewy ditengah. Boleh tambah masa pembakaran kalo inginkan tesktur biskut yang crunchy
Sambil-sambil buat kerja sempat lagi en asben promote biz isteri die. Terima kasih k.lin dari kajang coz sudi order. Minta maaf kalo ada yg tekurang ye (^_-)
Errmm dah lama rasanya nak cuba buat roti sendiri..Teringat pulak roti naik/ roti paung yang pernah Reen makan masa kecik dulu. Memang terasa betul keenakkan dan kegebuaannya... Sedaaaapnyalaaa.. Bila google banyak pulak version resepi . Akhirnya Reen decided tuk cuba resepi dari Azie kitchen. Kebetulan pulak stok shortening dan bahan2 lain ada kat rumah dan lagi satu resepi ni mengunakan tangan. Almaklumla kite tkde bread maker.. hihihi. So pada sesiapa yang takde bread maker tu tak perlu tunggu ada baru nak buat. Kalo ad puan belum tentu selalu buat kan..kan..?? Tak pasal2 duk tersimpan je dalam kotak. kikiki..
Kalo nak tengok macammana rupa adunan sebelum dan selepas boleh lah g melawat umah kak Azie Kitchen.Terima kasih atas perkongsian resepi. Aduan ni pun leh dijadikan sebagai asas roti. Boleh la juga buat roti pizza, roti inti kacang, inti kaya, inti sardin dan lain-lain mengikut kesukaan..
2 sudu kecil ibu roti (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil shortening
500 gm tepung gandum
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung
Cara cara:
Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih. Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata.
Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening. Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.
Lap
tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya
sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan
majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.
Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit.
Nota: Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.
Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.
Adunan ni pun boleh digunakan untuk buat roti pizza atau roti2 lain ye..
Assalamualaikum.. haluuuu.. Harini Reen nak kongsi resepi congo bar yg meletopsss. Reen ambik resepi dari rumah kak azlitamasammanis. Mohan share di sini ye kak ita. Rasanya da ramai buat congo bar ni. Reen je baru terhegeh2 nak buat.. hihihi.. Sapa yang malas nak buat boleh order ngan Reen ye..